Isnin, 19 Julai 2010

Sejarah Bangunan Jabatan Mufti Ns.

Sejarah dan Bangunan

Jabatan Mufti pada tahun 1951 ( Kini adalah bangunan Bank Simpanan Nasional, Seremban)

Mengikut fasal yang ke enam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan satu mesyuarat telah diadakan pada 18 November, 1950, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Bandar Seremban, untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Agama supaya memberi bantuan dan memberi nasihat di atas perkara-perkara berkenaan dengan agama negeri, agar perjalanan pentadbiran agama lebih sempurna.

Majlis ini mengandungi seorang Yang Dipertua dan wakil daripada Paduka Seri Tuanku sendiri Dato'-Dato' Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dan 6 wakil daripada orang ramai, seorang daripadanya bangsa asing yang beragama Islam dan seorang setiausaha.
Menurut Undang-undang tubuh negeri yang disahkan pada bulan September 1949 Yang Di Pertua Majlis adalah Tuan Mufti Negeri Sembilan. Sementara ahli yang dilantik ialah yang dipilih daripada calon-calon yang dikemukakan oleh bahagian-bahagian Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan ahli bangsa asing itu dilantik mengikut cadangan yang diterima daripada yang terkemuka daripada bangsa India (dengan syarat mereka ada pengetahuan cukup di dalam hal ehwal agama).
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan merupakan sebuah Jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Neger Sembilan. Peringkat awalnya ia merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang bertanggungjawab untuk membantu menasihati Paduka Seri Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri, Majlis Aga Islam Negeri, Badan Berkanun dan Masyarakat keseluruhannya berkaitan dengan semua perkara dalam Hal Ehwal Agama dan Hukum Syarak.

Pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu surat pekeliling mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada Jabatan Agam Islam setiap negeri di Malaysia termasuk Negeri Sembilan. Pada bulan Januari 1997 Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dipisahkan dari pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, yang bertempat di Tingkat 2, Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Dato' Hamzah, Seremban.



Bangunan yang menempatkan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dari tahun 1961 - 1980



Bangunan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang dirasmikan pada 21 Ogos 1980 oleh D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan



Bangunan Jabatan Mufti kini


Kini, Jabatan Mufti terletak di Tingkat 3, Bangunan SUK (Lama), bersebelahan bangunan Jabatan Pelajaran Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan