Khamis, 15 September 2011

Cara mudah Mencari Muka Surat Dlm.Alquran ....

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Quran..!!!
Posted by DARI KAKI GUNUNG JERAI at 9/15/2011 02:55:00 PM
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Ahad, 3 Julai 2011

Kitab Iman


: KITAB IMAN

Bab : Bab Keterangan Tentang Iman, Islam Dan Ihsan. Wajib Beriman Kepada Ketentuan Dari Allah s.w.t. Tanda tanda Orang Yang Tidak Beriman Dengan Ketentuan Allah Dan Memesongkan Kebenaran

10. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

Selasa, 17 Mei 2011

Ujian,Sumpah,Qadzaf & Mubahalah -Dr.Wahbah

Abu Anas Madani
Raudah Perkongsian Ilmu & Pengembangan Wacana

Ujian, Sumpah, Qadzaf & Mubahalah. Dr Wahbah
Posted by Abu Anas Madani on 17 Mei 2011
Ucapan Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily di Shah Alam.

Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian. Ujian-ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang lain.

ALLAH `Azza wa Jalla telah menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan fitnah bagi sekalian manusia. Sheikh Dr Wahbah telah memetik firman ALLAH dari surah al-Baqarah dari ayat 155 hingga 157 seperti berikut:

{وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ }

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,”

{الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ}

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”.

{أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ}

“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Dalam menuju mardhatiLLAH, manusia akan sentiasa diuji. Ia merupakan sunnatuLLAH hidup di dunia ini. Sheikh Dr Wahbah menasihatkan agar muslim janganlah terlalu berasa sedih dan gundah-gulana dengan ujian ini. Kerana melalui ujian-ujian inilah seseorang akan memperolehi pahala yang banyak, imannya akan bertambah dan darjatnya akan ditingkatkan di sisi ALLAH Ta`ala.

Melalui ujian-ujian ini juga, maka dapat dibezakan siapakah di kalangan hamba-hamba-NYA yang beriman, yang bertaqwa, yang munafiq dan yang fasiq.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa ujian dan fitnah yang menimpa setiap manusia adalah berlaku dengan keizinan dari ALLAH. Di dalamnya terdapat banyak hikmah yang manusia tidak tahu.

Datangnya ujian dan fitnah tidak akan merobohkan keimanan seseorang yang kuat Imannya kerana kekuatan imannya seumpama teguhnya sebuah bukit yang tidak dapat diganggu-gugat. Justeru, mempunyai keimanan yang teguh adalah aset utama seorang mukmin berhadapan dengan ujian dan fitnah.

Samada ujian itu datang dalam bentuk kecil atau besar, samada dipenjara, dicerca dan sebagainya, kebaikan tetap akan berlaku kepada orang yang beriman sekiranya dia bersabar dan memahami hakikat sebuah ujian. Hal ini ada disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang yang beriman itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan, dia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika kita kembali merenung sejarah-sejarah yang lalu, kita akan dapati bahawa ujian dan fitnah banyak menimpa ke atas orang-orang yang mulia dan utama di sisi agama. Para rasul, nabi, syuhada’, aulia’ dan ulama’ adalah golongan yang paling banyak menerima ujian dan besar pula fitnah yang menimpa ke atas mereka. Tentunya ini memberi isyarat kepada kita bahawa semakin tinggi darjatnya di sisi ALLAH, semakin hebat ujian yang diterimanya. Dan ini akhirnya menatijahkan ganjaran yang tiada tolok banding hebatnya dari ALLAH `Azza wa Jalla kelak.

Untuk memahami hakikat ini, orang-orang yang beriman mestilah jangan berhenti dari menimba ilmu agama, mendalami ilmu-ilmu agama dan berusaha untuk memahaminya. Kerana dengan ilmulah, seseorang akan disuburi dengan sifat taqwa, seterusnya dapat memberikan reaksi yang betul menurut kehendak agama terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Ketahuilah orang yang paling taqwa iaitu takut kepada ALLAH ialah para `ulama’, iaitu orang-orang yang berilmu dan faham ilmu agama.

Fitnah dan ujian akan sentiasa singgah dalam kehidupan insan. Samada suka atau tidak suka ia tetap menjadi rencah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Yang menjadi nilaian di sisi ALLAH ialah bagaimana reaksi kita terhadap ujian itu. Sabarkah? Marahkah? Betulkah? Atau salahkah tindakan kita? Semuanya nanti akan dihisab oleh ALLAH Jalla wa A`la pada Hari Kebangkitan kelak.

Sheikh Dr Wahbah mengakhiri mukaddimah syarahannya dengan mengingatkan para hadirin bahawa pada setiap kesusahan ini, pasti akan mendapat kesenangan dari ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Justeru, sangka baiklah dengan ALLAH dan bersabarlah. ALLAH Ta`ala akan bersama dengan orang-orang yang sabar.

Sengaja beliau memulakan syarahan tersebut dengan menyentuh perihal hakikat ujian dan fitnah, dan bagaimana peranan iman dan ilmu sangat penting dalam hal ini. Ini supaya para hadirin dipasakkan dengan asas yang betul dan tepat menurut kehendak agama ketika berhadapan dengan isu seumpama ini.

Sumpah, Qadzaf & Mubahalah.

Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:

1-Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.

2-Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.

3-Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini. Ia mesti dipatuhi.

Adapun tentang penggunaan teknologi moden seperti telefon bimbit, video dan sebagainya, ia tidak boleh diterima sebagai dalil dan saksi di dalam penghakiman syara` dalam isu seperti ini. Pihak yang menuduh, wajib mengemukakan empat saksi. Kegagalan mengemukakan empat saksi oleh pihak penuduh mengakibatkan si penuduh boleh dikenakan hukuman 80 kali sebatan dan dikira sebagai fasiq dan tidak beriman. Penyaksiannya tidak diterima selama-lamanya.

Mula`anah atau Li`an

Di dalam contoh kedua, iaitu dalam peristiwa seorang suami telah menuduh isterinya berzina; walaupun secara asasnya seseorang mesti mengemukakan empat saksi apabila menuduh orang lain berzina, namun dalam hal ini si suami tersebut dibenarkan untuk bermu`alanah tanpa mengemukakan empat saksi.

Dalam kaedah Mula`anah sebagaimana difirmankan ALLAH dalam surah an-Nur di dalam ayat 6 hingga 9, si suami bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan beliau adalah benar. Pada sumpah kelima si suami menyatakan bahawa laknat ALLAH (laknatiLLAH) akan menimpanya jika dia menipu.

Jika si isteri yang dituduh itu menolak tuduhan suaminya, maka si isteri pula turut bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan suaminya itu tidak benar. Dan sumpah yang kelima si isteri menyatakan kemurkaan ALLAH (ghadabALLAH) akan tertimpa ke atasnya sekiranya dia berbohong.

Apabila masing-masing tidak mahu mengaku salah dan saling laknat-melaknat, maka qadhi akan memisahkan mereka berdua. Mereka bukan lagi sebagai suami isteri. Dan mereka tidak boleh meruju` selepas itu atau kembali berkahwin selama-lamanya.

Mubahalah

Sheikh Wahbah telah menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, terdapat satu golongan Kristian dari Najran yang selalu berusaha mendatangkan rasa syak kepada ummat ISLAM. Dakwah dan hujah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak mahu mereka terima. Mereka telah mendakwa bahawa Isa `alaihissalam mempunyai sifat ketuhanan di dalam dirinya dan menyatakan bahawa merekalah golongan yang benar. Mereka tetap berdegil dengan pendapat mereka.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menyuruh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam agar bermubahalah iaitu saling laknat-melaknat di antara pihak Nabi dan golongan Kristian dari Najran itu. Hal ini ada diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah ali-`Imran, ayat 61. Selepas berfikir dengan panjang dan atas nasihat ketua paderi Kristian Najran tersebut, maka ajakan bermubahalah itu terpaksa mereka elakkan. Mereka risau jika Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam ini benar-benar Rasul, maka akibat dari mubahalah itu nanti akan menyebabkan mereka dan keluarga serta keturunan mereka akan ditimpa bala bencana.

Walaupun mubahalah di atas adalah berkaitan aqidah, namun menurut Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily mubahalah juga boleh dilakukan di dalam hal selain aqidah. Mubahalah dibenarkan sekiranya pihak yang berselisih tetap berdegil dengan hujah masing-masing.

Jika ingin bermubahalah, kedua-dua pihak mestilah di kalangan orang yang adil dan tidak fasiq. Penyaksian orang yang fasiq tidak diterima di dalam ISLAM kerana mereka adalah orang yang menyeleweng dari ajaran ISLAM.

Penyaksian hanya boleh dilakukan oleh orang yang adil. Tiga ciri-ciri orang yang adil yang dinyatakan oleh Sheikh Wahbah ialah:

a-Tidak melakukan dosa besar.

b-Tidak berkekalan melakukan dosa kecil.

c-Tidak melakukan perkara-perkara yang mencarik maruahnya.

Sekiranya kedua-dua pihak yang ingin bermubahalah adalah adil, thiqah, taat kepada suruhan ALLAH Ta`ala, meninggalkan dari dosa-dosa dan selalu menjaga maruahnya, maka layaklah bermubahalah. Sekiranya tidak sekufu, maka tidak perlulah bermubahalah.

Isu Video Seks.

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily ditanya tentang bolehkah video dijadikan sebagai bahan bukti pendakwaan perlakuan seks? Beliau menjawab bahawa teknologi terkini seperti video tidak boleh digunakan, malah tertolak. Kerana banyak unsur penipuan boleh dimasukkan ke dalamnya.

Ditanya tentang DNA pula, beliau mengatakan bahawa bilangan pakar DNA yang terdapat di seluruh dunia sangat terbatas dan bilangannya terlalu kecil, malah mereka ini tidak boleh dipercayai. Menurut beliau lagi, Majma` Feqh Sedunia telah membuat keputusan bahawa kaedah DNA tidak diterima sebagai pembuktian penghakiman.

Tambahan pula, pakar-pakar perundangan dan hakim seluruh dunia pun memang tidak menerima kaedah DNA sebagai bukti utama, ia hanyalah sekadar hal yang kecil dalam proses penghakiman. Jadi, adakah kita hendak terima kaedah ini, tanpa merujuk kepada nas-nas syara`???

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily kecewa dengan isu video seks yang tersebar di negara ummat ISLAM.

Apabila Sheikh Dr Wahbah ditanya tentang isu video seks yang diwar-warkan oleh media dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau dengan tegas menyatakan “Ini adalah Syariat Syaitan!!! Adakah kamu mahukan Syariat ALLAH atau Syariat Syaitan??!!! Jangan sekali-kali. Bahkan Syariat Syaitan ini kita patut letak di bawah kaki kita sahaja (pijak)!”

Beliau berasa sedih dan kecewa dengan situasi ini, seterusnya mengajak agar semua ummat ISLAM merujuk kepada al-Quran. Janganlah dipercayai dengan isu yang digembar-gemburkan tersebut.

Sebagai penyelesaian, hendaklah dilakukan islah menggunakan kaedah terbaik iaitu dengan merujuk kepada al-Quran. Usaha mengislahkan manusia agar kembali kepada ALLAH mestilah dilakukan dengan berterusan. Memahami nas-nas al-Quran sesuai dengan kehendak syara` adalah faktor penting untuk menjayakan usaha islah ini.

Beliau seterusnya mengajak agar ummat ISLAM mengambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar. Dengan melihat dan merenung hikmah kejadian ini, akan mengakibatkan Iman kita bertambah kuat dan taqwa kepada ALLAH. Iman yang benar dan kuat adalah ibarat bukit yang kuat, yang tidak dapat dikalahkan. Masalah ummat ISLAM hari ini ialah iman mereka tidak penuh, tidak kuat dan hanya separuh-separuh sahaja sifatnya. Iman yang benar dan kuat adalah iman yang sentiasa bertambah dengan ketaatan.

Semoga kata-kata dan nasihat Sheikh Wahbah az-Zuhaily ini dapat diambil iktibar yang banyak oleh kita semua.

[Catatan Shahmuzir: Tulisan ini berdasarkan apa yang sempat saya catit dari terjemahan oleh Tuan Guru Dr Zulkifli al-Bakri dalam majlis tersebut. Mohon maaf jika ada kelemahan dan kesilapan dari catitan ini. Mudah-mudahan catitan ini bisa memberikan manfaat buat diri saya dan tuan/puan yang sudi membacanya]. WAllahu Ta`ala A`lam…

Syukran Akhi Shahmuzir yang menulis catatan ini; www.muzir.wordpress.com

Jumaat, 22 April 2011

Koleksi Tulisan DR.Zulkifli Mohamad Albakri Hidayah Milik Allah


Hidayah milik Allah
By mfrstudio

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Mukadimah
Sheikh al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan bukti-bukti ini yang tidak perlu diragukan lagi".
Firman Allah SWT: Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
Ibn Kathir berkata: "Iaitu beri peringatanlah kepada manusia dengan apa yang aku utuskan kepada mereka".
Syed Qutub menambah: "Oleh itu peringatkan mereka dengan alam akhirat dan segala isinya. Dan peringatkanlah mereka dengan kejadian dunia dan segala isinya. Tugasmu adalah memberi peringatan.
"Inilah sahaja batasan tugasmu dan ini sahaja perananmu dalam dakwah. Selain dari itu tiada lagi tugas dan tanggungjawabmu kerana engkau diberi kemudahan dan ditugaskan melaksanakannya".
Firman Allah SWT: bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Al-Mawardi menukilkan tiga pendapat ulama berkenaan tafsiran ayat ini, iaitu:
* Kamu bukanlah penguasa yang boleh mengalahkan seseorang. Inilah pendapat al-Dahak.
* Kamu bukanlah orang yang bersifat perkasa. Inilah pendapat Ibn Abbas.
* Kamu bukanlah Tuhan. Inilah pendapat al-Hasan.
Ini semua menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak mampu memaksa mereka beriman.
Al-Maraghi berkata: Ia memberi maksud wahai Muhammad, engkau adalah penyeru dan tidak mempunyai kuasa untuk menundukkan hati mereka. Allah SWT sendiri yang menguasai mereka dan mempunyai kekuasaan atas jiwa mereka.
Oleh sebab itu, sesiapa yang berpaling daripada peringatan dan mengingkari kebenaran yang dikemukakan kepadanya, Allah SWT akan mengazabnya di akhirat kelak.
Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain.
Firman Allah SWT: akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar.
Ibn Kathir berkata: "Berpaling daripada amalan dengan segala rukunnya dan kufur dengan kebenaran sama ada melalui hati atau lisannya".
Al-Mawardi berkata: "Ada dua tafsiran ulama, iaitu berpaling daripada kebenaran dan kufur dengan nikmat. Sedangkan yang kedua pula berpaling daripada mengikut rasul dan kufur dengan Allah SWT. Inilah pendapat al-Dahak.
Firman Allah SWT: maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
Sayid Qutub berkata: "Mereka pasti akan pulang kepada Allah dan Allah tetap akan menghukum mereka".
Al-Maraghi berkata: "Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain".
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Ibn Kathir berkata: "Mereka akan kembali pada Allah dan Kami pasti menghisab serta membalas segala amalan mereka. Jika baik dibalas baik dan jika buruk dibalas buruk".
Al-Maghari berkata: "Tidak ada jalan untuk melarikan diri bagi orang yang berpaling dan tidak ada jalan melepaskan seksa yang dijanjikan itu. Ini kerana mereka bakal kembali kepada-Ku".
Sesungguhnya benarlah firman Kami akan menyeksa mereka dan menghisab semua perbuatan yang telah mereka kerjakan.
Firman ini sebagai penghibur hati rasul-Nya dan menghilangkan kesedihan dan penderitaannya akibat pendustaan mereka kepadanya dan penentangan mereka yang berterusan terhadap baginda.
Penutup
Syed Qutub berkata: "Dengan penjelasan ini peranan Rasulullah SAW di dalam dakwah dan peranan para pendakwah yang datang selepas beliau telah dihadkan pada batasnya yang tertentu, iaitu tugas engkau ialah memberi peringatan.
"Selepas itu terserah kepada Allah urusan menghisabkan amalan-amalan mereka. Mereka tetap akan kembali kepada Allah. Mereka tidak mungkin melepaskan diri daripada hisab dan hukuman Allah.
"Namun, hendaklah difaham bahawa setengah dari tugas menyampaikan dakwah adalah menghapuskan halangan dan rintangan supaya dakwah sampai kepada manusia.
"Inilah tugas jihad yang difahamkan daripada al-Quran dansirah Rasulullah SAW tanpa kecuaian dan keterlaluan".
Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan hambanya yang soleh sentiasa berpegang dengan petunjuk dan hidayah-Nya. Amin.


Subscribe

Selasa, 19 April 2011

Koleksi Tulisan DR.Zulkifli Mohamad Albakri - Orang Kafir Dustakan Akhirat

Orang kafir dustakan akhirat By mfrstudio

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI



Bagi umat Islam kematian adalah perantara sebelum memasuki alam akhirat. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

Sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah).

Bahkan (perbuatan kamu wahai orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya) dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin, dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya) serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! Jangan sekali-kali bersikap demikian! (sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), serta diperlihatkan neraka jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (al-Fajr: 15-25)

Mukadimah

Al-Maghari berkata: Setelah Allah SWT bersumpah akan mengazab orang kafir sebagai balasan kekafirannya dan kegemaran mereka melanggar perintah-Nya, lalu Dia menyebutkan sebahagian kisah umat terdahulu yang menentang Allah SWT, Rasul-Nya dan gigih melakukan kezaliman, sehingga ditimpa seksaan yang bersangatan dan diambilnya tindakan bagai tindakan Penguasa Yang Gagah Perkasa.

Oleh yang demikian, agar para pendusta serik dan untuk meneguhkan hati orang mukmin yang mengikut Rasul dan menolongnya, dan agar hati mereka menjadi tenang kerana musuh-musuh mereka akan diberi pembalasan yang sewajarnya.

Firman Allah SWT: (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

Manusia dalam ayat ini ditafsirkan dengan empat pendapat.

Pertama Uthbah bin Rabi'ah dan Abu Huzaifah bin Mughirah seperti kata 'Ata. Kedua Ubai bin Khalaf, inilah pendapat Ibn al-Sa'ib. Ketiga Umayyah bin Khalaf seperti kata Muqatim. Keempat semua orang kafir yang tidak beriman hari kebangkitan.

Al-Qurtubi berkata, inilah sikap orang kafir yang tidak mempercayai alam akhirat dan menganggap kemuliaan terletak pada kesenangan dan kemewahan hidup duniawi sahaja.

Orang yang beriman pula meyakini. kemuliaan sejati terletak pada limpah kurnia Allah SWT kepadanya untuk sentiasa mentaati Allah SWT serta bertakwa kepada-Nya sepanjang hayat mereka yang akan membawa kepada kebahagiaan di alam akhirat.

Sekiranya Allah SWT mengurniakan kemewahan hidup di dunia, ia akan bersyukur dan seandainya pula berlaku sebaliknya, ia akan bersabar dengan penuh kerelaan dan keyakinan.

Firman Allah SWT: jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya).

Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi perintah supaya memuliakan anak yatim.

Firman Allah SWT: dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

Ibn Kathir berkata: Iaitu tidak memerintahkan untuk berbuat baik kepada kaum fakir miskin serta mengarahkan mereka dalam hal tersebut.

Firman Allah SWT: dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya).

Al-Maraghi berkata: Kamu memakan harta yang ditinggalkan oleh salah seorang antara kamu dengan perasaan tamak. Kamu berusaha menyingkirkan orang yang sepatutnya berhak dan mencampur bahagianmu dengan bahagian orang lain.

Jumaat, 15 April 2011

Hukum Melihat (menonton) Video Seks



HUKUM MELIHAT VIDEO SEKS
Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Apa hukum kita menonton video seks yang dikatakan seorang pemimpin yang hangat diperkatakan sekarang ini. Sekarang sudah ada di internet. Haruskah kita melihatnya dengan niat untuk mengetahui benar atau tidak orang yang dimaksudkan itu?

Jawapan;

Sama ada benar atau tidak, haram melihat/menontonnya. Ia tetap dengan hukum asal iaitu seorang tidak harus melihat aurat orang lain (selain suami-isteri) kecuali jika darurat seperti tujuan perawatan, mudim yang menguruskan khitan, hakim yang menghakimi kes, polis yang menjalankan siasatan dan seumpamanya. Adapun orang lain tetap dengan hukum asal iaitu haram melihat aurat orang lain. Firman Allah; "Katakanlah kepada orang-orang beriman; hendaklah mereka menyekat pandangan mata mereka (dari memandang kepada yang haram).." (Surah an-Nur, ayat 30). Orang yang upload video sebegitu ia melakukan dosa menyebarkan kejahatan dan ia turut menanggung dosa orang lain yang melihat video tersebut.

Hendaklah kita sentiasa menjaga maruah diri dan jangan terpengaruh dengan dorongan sekeliling. Orang yang suka menyebarkan kejahatan dan tuduhan-tuduhan buruk kepada orang lain tanpa menggunakan saluran yang ditetap Syariat, mereka adalah orang-orang fasik yang diancam Allah dengan siksaan yang berat oleh Allah sebagaimana firmanNya (bermaksud); "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" (Surah an-Nur, ayat 19).

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 5:28 PM 0 comments

Labels: Politik

Rezeki Haram Adakah Dari Allah (soal - jawab)


REZKI HARAM; ADAKAH DARI ALLAH?
Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ada pertanyaan Adakah rezeki yang diperoleh secara haram seperti ragut, rompak, rasuah dan sbg datang dari Allah s.w.t?

Jawapan;

Rezki, perbuatan, ucapan dan segala tindak-tanduk yang lahir dari manusia semuanya tidak terlepas dari takdir (ketentuan Allah) kerana tidak ada yang berlaku di alam ini melainkan dengan kehendak Allah dan diketahui oleh Allah sejak azali lagi. Namun tidak semua yang dikehendaki Allah atau ditakdirkannya turut diredhaiNya. Apabila seorang melakukan dosa, perbuatan dosanya itu berlaku dengan kehendak Allah, namun Allah tidak meredhainya, cuma Allah membenarkan/mengizinkan sahaja ia berlaku (setelah ia memberi hak ikhtiar (kuasa memilih) kepada mereka untuk menguji mereka setelah diberiNya akal dan petunjuk agama). Sebaliknya pula, apabila seseorang melakukan ketaatan, perbuatan taatnya itu berlaku dengan kehendak Allah dan turut diredhaiNya. Seorang gagal ujian dan seorang lagi lulus ujian. Persoalan rezki pun sama seperti itu.

Sabda Nabi –sallalahu ‘alaihi wasallam-; “Ruh al-Qudus (Jibril) telah meniupkan wahyu ke dalam hatiku; Sesungguhnya seorang manusia itu sekali-kali tidak akan mati hinggalah sempurna ajalnya dan meliputi semua rezkinya (yang ditentukan untuknya), maka bertakwalah kepada Allah dan perelokkanlah mata pencarian kamu. Janganlah perasaan lambatnya datang rezki memaksa kamu mencarinya dengan jalan melakukan maksiat kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah tidak akan diperolehi melainkan dengan mentaatiNya” (HR Imam Abu Nu’aim dari Abu Umamah. Lihat hadis ini dalam; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 3848. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh).

Berkata Imam al-Munawi –menjelaskan hadis di atas-; Hadis ini menunjukkan bahawa rezki telah ditentukan dan telah diagihkan dan ia pasti akan sampai kepada hamba Allah (mengikut kadar yang ditentukan). Jika seorang hamba Allah itu berusaha mencarinya dengan cara yang disyariatkan, rezki itu akan menjadi rezki yang halal, namun jika ia mencarinya dengan cara yang tidak disyariatkan, ia akan menjadi rezki yang haram. Hadis ini menjadi dalil yang cukup jelas bagi Ahlus-Sunnah yang berpandangan; yang haram juga dinamakan sebagai rezki dan kesemua rezki –sama ada yang halal atau yang haram- datangnya dari Allah. (Faidhul-Qadier)

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier, Imam an-Munawi, hadis no. 3848.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:03 AM 0 comments

Labels: Muamalat (Harta)

Khamis, 7 April 2011

Video sundal - Mengurus kesucian diri


video sundal: mengurus kesucian diri
April 7, 2011 in anwar ibrahim, fiqh islami, fitnah, hikmah, maksiat, politik, tazkirah, video lucah, wa zakkir

Ketika saya sedang menulis catatan ini, saya baru menerima sms tersebarnya video sundal yang dikaitkan dengan seorang pemimpin besar politik tanah air di dalam internet. Kemudian sms demi sms menghujani saya terutama daripada kawan-kawan yang meminta pandangan dan ‘fatwa’ segera demi menghilangkan keluh kesah dan kekeliruan.

Saya komen ringkas, orang mukmin jangan sebar jika pun rasa percaya. Jika palsu, kita selamat daripada dosa menyebarkan fitnah. Jika benar, kita selamat daripada menyelak maksiat tertutup. Kemudian saya menambah, jika Allah murka, Dia buka aib dan dosa tersembunyi kita pula. Apa rasa jika kita pula diaibkan secara terbuka?

Politik negara kita semakin hari semakin kotor. Ahli politik seperti enggan berubah kepada politik yang lebih baik dan lebih bertamadun. Mereka seperti tidak kisah bahawa politik kotor akan menghumban negara kepada bala dan kerosakan yang lebih besar. Di antara politik kotor yang dilihat secara nyata ialah usaha membunuh karier politik lawan dengan fitnah yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Fitnah adalah menyebarkan yang tidak benar atau belum disahkan kebenarannya.

Lebih menyayatkan, ia sehingga menyentuh soal-soal yang jawabannya telah dinyatakan secara jelas oleh al Quran. Pun begitu, sebahagian mereka enggan menerima. Apabila diberi nasihat dan teguran, mereka berusaha menghasilkan deretan hujah yang menggambarkan seolah-olah merekalah penyelamat negara daripada kerosakan. Tentunya mereka sedang dilamun cinta iblis kerana sedang menghujah kekuasaan al Quran dan merasakan mereka lebih benar dan lebih tahu hukum Allah daripada Allah sendiri.

Ketahuilah bahawa dosa dan pahala adalah milik Allah. Dia yang menulis dan Dialah yang membalasnya nanti. Kita tidak pun pernah dan akan tahu berapakah jumlah dosa dan pahala kita sekarang. Sebabnya, ia melibatkan syarat keikhlasan yang duduknya di dalam hati. Seribu tahun kita bersolat tidak bererti semuanya berpahala, bahkan ia diikat keikhlasan diri. Walaupun seribu kali kita mengaku ikhlas, seribu kalilah dakwaan kita itu tidak terpakai. Hak menentukan keikhlasan adalah milik Allah semutlaknya.

Kerana itu Allah tidak pernah menuntut agar kita menulis pahala dan menganugerahi seseorang kerana pahala yang dilakukannya. Begitulah kita juga tidak dituntut menulis dosa dan menghukum seseorang kerana dosanya. Bagaimanakah kita layak dan berhak menganugerahi atau membalas jahat seseorang yang berpahala atau berdosa sedangkan kita sendiri gagal mengesan dan melihat keikhlasan, pahala dan dosa diri sendiri? Maka dosa dan pahala adalah milik Allah semutlaknya. Nanti, Dialah tuhan yang akan membalasnya dengan nikmat atau azabNya di akhirat nanti.

Apa yang kita ada di hadapan ialah kebaikan dan kejahatan yang dilihat. Atau keadilan dan kezaliman yang berlaku di dunia ini. Di sinilah penganugerahan baik dan pembalasan buruk dituntut oleh Allah daripada manusia. Kita dituntut untuk menganugerahi kebaikan dan keadilan yang dilakukan manusia setimpalnya. Begitulah kita juga dituntut membalas keburukan dan kezaliman yang dilakukan manusia setimpalnya. Kebaikan, keadilan, keburukan dan kezaliman adalah suatu yang zahir dan dilihat oleh manusia. Ia tidak memerlukan syarat keikhlasan untuk membalasnya, baik atau buruk.

Adakah seorang pekerja dipotong gajinya kerana mengajar tidak ikhlas? Tidak bukan? Mereka digaji kerana kebaikan mereka menuruti perintah yang diarahkan. Juga, mereka dihukum kerana perlanggaran terhadap amanah yang diberikan. Itulah yang kita harus fahami daripada asas syariat bahawa pembalasan sesama manusia hendaklah diukur pada zahirnya, bukan batinnya. Manusia apabila memasuki ruang batin, mereka akan mendakwa dan menghukum di dalam kekeliruan, kesamaran dan kepalsuan.

Maksiat peribadi yang tersembunyi adalah perbuatan yang melibatkan dosa, bukan kezaliman sesama manusia. Maka ia adalah hak Allah dan kita sama sekali dilarang menghukumnya. Zina, minum arak, tidak solat dan sepertinya adalah dosa peribadi yang tidak menzalimi orang lain. Maka Allahlah yang akan mengadilinya. Tetapi jika zina bertukar kepada rogol, atau mabuk arak sehingga mengganggu ketenteraman awam, atau tidak solat secara terbuka yang memalukan, melukakan dan menyebarkan kefasikan di dalam masyarakat Islam, maka ia telah bertukar bukan hanya sekadar maksiat peribadi, bahkan ia telah mencetuskan kezaliman di dalam masyarakat. Saat itulah, Allah menuntut kita bertindak memadamkan kezaliman dan fitnah tersebut.

Begitulah kesalahan lain yang lebih jelas kezalimannya terhadap sesama manusia samada ianya ikhlas atau tidak, tertutup atau terbuka seperti menipu, mencuri, merompak, merasuah, membunuh dan memfitnah. Bayangkan pula jika ianya melibatkan jutaan manusia seperti merompak wang rakyat, merasuah jutaan ringgit dan memfitnah pemimpin rakyat yang membawa kesan buruk yang lebih besar.

Mereka bertanya, jika begitu bagaimana kita mampu menyekat budaya zina yang kian menular di dalam masyarakat? Tidakkah zina biasanya tersembunyi? Ya, selagi ianya tertutup, ia kekal jangan dibuka bongkar. Budaya zina hari ini pula telah melewati batasan keperibadian dan kesembunyian. Ia telah merebak ke ruang terbuka melalui kejelekan muqaddimahnya dan akibat buruknya. Pergaulan bebas begitu ketara, berpacaran dan berpelukan di khalayak ramai begitu terbuka dan akhirnya jenuhlah anak luar nikah, pembunuhan terhadap bayi dan pengguguran kandungan luar nikah.

Membasmi budaya ini bukanlah dengan cara menyerbu dan mengintai orang berzina, tetapi dengan nasihat dan dakwah, juga dengan menutup, menghalang dan mengawasi lokasi-lokasi yang menjadi punca berleluasanya aktiviti terkutuk itu. Jika zina tertutup itu telah diketahui di luar kerana ada yang melaporkannya, atau tempat itu telah terkenal dengan aktiviti tidak bermoral, maka adalah hak bagi pihak berkuasa untuk bertindak memadamkannya samada menangkap, mengawasi atau menutupnya terus. Zina tersebut telah melangkaui sempadan kesembunyian kepada kezaliman terhadap masyarakat. Sebuah masyarakat Islam yang bersih akan terganggu dengan mengetahui dan mendengar maksiat yang berlaku di sekitarnya tanpa tindakan menutupnya.

Mereka bertanya lagi, bagaimana jika ia melibatkan pemimpin yang kejahatannya walaupun bersifat peribadi adalah penipuan dan pengkhianatan terhadap rakyat? Saya menjawab, ya, ia kekal peribadi. Semua kita adalah pemimpin terhadap anak buah masing-masing. Jika maksiat peribadi pemimpin harus dibezakan, maka izinkanlah anak-anak kita sendiri mengintai maksiat kita kerana kita telah mengkhianati mereka. Mahukah?

Mereka enggan berhenti daripada bertanya, video telah tersebar dan ditontonkan secara terbuka. Tidakkah itu telah menjadi maksiat terbuka yang mesti dihukum? Saya menjawab, orang yang sedang melakukan maksiat terbuka itu adalah penontonnya, apatah penyebarnya. Adapun pelaku didalamnya, ia kekal maksiat tertutup yang telah pun berlalu penulisan dosanya oleh Allah. Mungkin juga dia telah pun bertaubat semasa anda menonton video tersebut. Anda menghukumnya sedang Allah telah memaafkannya. Alangkah tuhannya anda!

Kemudian, orang mukmin sudah cukup dirinya sendiri menjadi saksi. Orang mukmin itu amanah sifatnya selama mana tiada kecalaran di dalam rekod zahirnya. Tetapi, pada peringkat tuduhan zina, Allah menuntut empat saksi untuk membenarkannya. Tidakkah anda melihat betapa di antara hikmah yang nyata adalah kerana Allah sendiri enggan maksiat hambanya yang bersembunyi itu disebarkan oleh sesiapapun, apatah dengan tujuan menjatuhkan maruahnya. Adakah saat kita menuduh orang berdosa, kita tidak pernah pun berbuat dosa?

Ah, jikalah tidak kerana kelebihan Allah dan rahmat kasih sayangNya ke atas kita, maka tiadalah siapa pun di antara kita mampu menjadi bersih dan dilihat bersih selama-lamanya. Tetapi Allahlah yang membersih kita dengan menjauhkan kita daripada dosa dan menutupi dosa yang telah kita lakukan.

Apabila anda memahami fiqh dan kehikmatan ini, maka anda akan dapat melihat sejalur hikmah mengapa mengumpat, mengadu domba dan menjaga tepi kain orang adalah diharamkan dan dosa kesalahannya adalah besar di sisi Allah. Mengumpat dan seumpamanya, walaupun jika benar sekalipun adalah terlarang kerana ia banyak melintasi garis peribadi yang tak pun menjejaskan awam.

Itu jika benar, apatah jika ianya adalah satu fitnah! Rakaman video hanyalah fitnah! Seratus kamera yang merakam sekali pun, ia bukan galang ganti seorang mukmin apatah empat orang mukmin yang dituntut oleh Allah. Tidakkah satu kepastian yang nyata bahawa orang mukmin yang amanah tidak akan melakukan perbuatan merakam video perbuatan maksiat tertutup tersebut?! Jadi, bagaimana dibenarkan penghukuman zina oleh saksi fasik dengan bahan bukti tertolak?

Mereka terus tidak berpuas hati kerana fitnah sedang melanda negara, lalu ia memakan dan memamah apa saja yang mampu dimakannya samada kayu atau besi. Mereka bertanya lagi, bagaimana jika video itu benar sebenar-benarnya dan asli seasli-aslinya? Tidakkah dengan tidak mempercayai atau tidak bertindak ke atasnya maka terdedahlah kita dengan penipuan dan pengkhianatan yang menanti jika pemimpin itu naik? Saya menarik nafas kewaspadaan dan kesabaran. Saya berkata, mari saya ajarkan kamu satu sunnah Allah di muka bumi bagaimana Allah menjatuhkan dan menaikkan seseorang hambaNya.

Apabila Allah ingin menjatuhkan seorang yang zalim, maka dihantarnya orang mukmin atau orang jahat untuk memeranginya. Jika Allah menghantar orang jahat, maka ia akan memeranginya dengan cara yang jahat juga. Maka itulah seburuk-buruk kesudahan. Tidakkah anda melihat Saddam yang zalim itu dibunuh oleh Amerika yang lebih jahat daripadanya. Maka alangkah buruknya kesudahan ke atas rakyatnya!

Jika Allah menghantar orang yang baik, maka ia tidak akan memeranginya kecuali secara yang diizinkan syarak. Maka itulah sebaik-baik akibat. Tidakkah Mekah yang paling zalim ahlinya itu dibebaskan oleh hamba Allah yang paling baik, lalu alangkah baik akibatnya juga. Lihat juga Mesir, pemimpin yang baik-baik memimpin rakyat melakukan perubahan, lalu semakin baiklah Mesir dan rakyatnya.

Maka ketahuilah, di negara kita, jika kita menginginkan kelebihan dan kebaikan yang lebih baik untuk masa depan negara, bergeraklah sebagai orang baik dan hendaklah terpimpin oleh orang yang baik-baik. Ulama adalah orang yang terpercaya di sisi Allah. Mereka telah menasihati agar jangan mempercayai fitnah. Rakaman video yang begitu terdedah kepada pengaburan dan pemalsuan hanyalah akan mengundang fitnah lebih besar jika diterima. Maka jangan menghukum pemimpin dengan fitnah yang terlarang oleh syarak.

Maka, orang mukmin tidak boleh menyebarkan sekali pun rasa percaya. Jika ianya nyata palsu, kita selamat daripada dosa menyebarkan fitnah. Jika ianya benar pula, kita selamat daripada menyelak maksiat tertutup. Jika Allah murka, Dia buka aib dan dosa tersembunyi kita pula. Apa rasa jika kita pula diaibkan secara terbuka? Justeru jauhilah politik kotor yang mengundang bala tuhan.

(Artikel adalah untuk kolum ‘Agama Dan Kehidupan’ akhbar Siasah)

Isnin, 4 April 2011

Makluman -Perubahan Tempat Bob Lokman Pej.Adun Paroi .5.April 2012 Paroi


Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.
Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Datanglah beramai-ramai.
Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta
at 4.4.11 0 comments

Muqaddimah Al-Imam An-Nawawi (hadith 40)

MUQADDIMAH AL-IMAM AN-NAWAWI
اﻟﺤﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ، ﻗﻴﻮم اﻟﺴﻤﻮات واﻷرﺿﻴﻦ، ﻣﺪﺑﺮ اﻟﺨﻼﺋﻖ أﺟﻤﻌﻴﻦ، ﺑﺎﻋﺚ اﻟﺮﺳﻞ
ﺻﻠﻮاﺗﻪ وﺳﻼﻣﻪ ﻋﻠﻴﻬﻢ إﻟﻰ اﻟﻤﻜﻠﻔﻴﻦ، ﻟﻬﺪایﺘﻬﻢ وﺑﻴﺎن ﺷﺮاﺋﻊ اﻟﺪیﻦ، ﺑﺎﻟﺪﻻﺋﻞ اﻟﻘﻄﻌﻴﺔ
وواﺿﺤﺎت اﻟﺒﺮاهﻴﻦ، أﺡﻤﺪﻩ ﻋﻠﻰ ﺟﻤﻴﻊ . ﻧﻌﻤﻪ وأﺳﺄﻟﻪ اﻟﻤﺰیﺪ ﻣﻦ ﻓﻀﻠﻪ وآﺮﻣﻪ
وأﺷﻬﺪ أن ﻻ إﻟﻪ إﻻ اﷲ . اﻟﻮاﺡﺪ اﻟﻘﻬﺎر اﻟﻜﺮیﻢ اﻟﻐﻔﺎر
وأﺷﻬﺪ أن ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪا ﻋﺒﺪﻩ ورﺳﻮﻟﻪ وﺡﺒﻴﺒﻪ وﺥﻠﻴﻠﻪ، أﻓﻀﻞ اﻟﻤﺨﻠﻮﻗﻴﻦ اﻟﻤﻜﺮم ﺑﺎﻟﻘﺮﺁن
اﻟﻌﺰیﺰ اﻟﻤﻌﺠﺰة اﻟﻤﺴﺘﻤﺮة ﻋﻠﻰ ﺗﻌﺎﻗﺐ اﻟﺴﻨﻴﻦ، وﺑﺎﻟﺴﻨﻦ اﻟﻤﺴﺘﻨﻴﺮة ﻟﻠﻤﺴﺘﺮﺷﺪیﻦ،
اﻟﻤﺨﺼﻮص ﺑﺠﻮاﻣﻊ اﻟﻜﻠﻢ وﺳﻤﺎﺡﺔ اﻟﺪیﻦ، ﺻﻠﻮات اﷲ وﺳﻼﻣﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﻋﻠﻰ ﺳﺎﺋﺮ اﻟﻨﺒﻴﻴﻦ
واﻟﻤﺮﺳﻠﻴﻦ وﺁل آﻞ وﺳﺎﺋﺮ اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ. أﻣﺎ ﺑﻌﺪ،
Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir
sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan
hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)
serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya
tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha
Pemurah lagi Maha Pengampun.
Adapun selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn
Abi Talib, Abdullah ibn Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn
Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan
riwayat yang bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas
umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan
membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat
lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim. Dalam riwayat Abu alDarda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan
syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang
menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam
riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam
golongan para syuhada’ ”. Para ‘ulama hadis telah muafakat bahawa ia adalah hadis dha‘if sekalipun
jalan-jalannya banyak. Para ‘ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis) banyak
karangan yang tiada terbilang banyaknya. Orang yang paling awal mengarangnya setakat pengetahuan
saya ialah Abdullah ibn al-Mubarak, kemudian Muhammad ibn Aslam al-Thusie al-’Alim al-Rabbanie,
kemudian al-Hasan ibn Sufian al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad ibn Ibrahim alAsfahanie, al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nu‘aim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu Sa‘id alMalinie, Abu ‘Uthman al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar al-Baihaqie( اﷲ ﻋﺒﺪ
ﺑﻦ اﻟﻤﺒﺎرك ﺛﻢ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ أﺳﻠﻢ اﻟﻄﻮﺳﻲ اﻟﻌﺎﻟﻢ اﻟﺮﺑﺎﻧﻲ ﺛﻢ اﻟﺤﺴﻦ ﺑﻦ ﺳﻔﻴﺎن اﻟﻨﺴﺎﺋﻲ وأﺑﻮ ﺑﻜﺮ اﻵﺟﺮي وأﺑﻮ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ إﺑﺮاهﻴﻢ اﻷﺻﻔﻬﺎﻧﻲ
واﻟﺪارﻗﻄﻨﻲ واﻟﺤﺎآﻢ وأﺑﻮ ﻧﻌﻴﻢ وأﺑﻮ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺡﻤﻦ اﻟﺴﻠﻤﻲ وأﺑﻮ ﺳﻌﻴﺪ اﻟﻤﺎﻟﻴﻨﻲ وأﺑﻮ ﻋﺜﻤﺎن اﻟﺼﺎﺑﻮﻧﻲ وﻋﺒﺪ اﷲ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ اﻷﻧﺼﺎري وأﺑﻮ
اﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﺑﻜﺮ . ) dan ramai lagi ‘alim ‘ulama yang lain yang tiada terkira banyaknya sama ada daripada
kalangan ‘ulama terdahulu atau terkemudian.
Sesungguhnya saya telah beristikharah kepada Allah Ta‘ala untuk mengumpulkan empat puluh
hadis sebagai mengikuti jejak langkah para Imam tokoh ‘ulama dan para huffaz al-Islam (Para
pendukung Islam, pemelihara Islam, atau para Imam Hafiz hadis). Para ‘ulama telah bermuafakat
tentang keharusan beramal dengan hadis dha‘if dalam soal fadhail a‘maal ( (اﻷﻋﻤﺎل ﻓﻀﺎﺋﻞ) iaitu amalanamalan yang sunat.). Namun demikian, bukanlah pergantungan saya (dalam usaha mengumpulkan 40
hadis ini) kepada hadis dha‘if, bahkan pergantungan saya ialah kepada sabda Nabi SAW dalam
beberapa hadis sahih : ) اﻟﻐﺎﺋﺐ اﻟﺸﺎهﺪ ﻟﻴﺒﻠﻎ ( yang bererti: “Hendaklah orang yang hadir (majlis Rasulullah
dan mendengar pengajaran Nabi SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang ﻧﻀﺮ اﷲ اﻣﺮءا yang bererti: “Allah )) ﺳﻤﻊ ﻣﻘﺎﻟﺘﻲ ﻓﻮﻋﺎهﺎ ﻓﺄداهﺎ آﻤﺎ ﺳﻤﻌﻬﺎ ( : tidak hadir”, juga sabda Nabi SAW
mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas
dia menunaikannya (Menunaikannya iaitu menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat
atau dengan makna kerana harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu. Lihat (Syarah
Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada syarah muqadimah
ini.) sebagaimana dia mendengarnya”. Ada sebahagian ‘ulama yang mengumpulkan 40 perkara
mengenai prinsip-prinsip agama (usuluddin), manakala sebahagian lain mengenai perkara furu‘ ,
sebahagian yang mengenai perkara jihad, sebahagian yang lain mengenai zuhud, sebahagian yang lain
mengenai adab-adab, sebahagian mereka mengenai khutbah. Semuanya adalah kerja-kerja yang
bertujuan bagus yang Allah Ta‘ala redhai akan orang-orang yang melakukannya. Saya bercadang
mengumpulkan 40 perkara yang terlebih utama daripada itu semua, iaitu 40 hadis yang merangkumi
semua topik tersebut, yang mana setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi kaedah ( Tunggak atau
prinsip) yang agung daripada kaedah-kaedah agama, yang mana hadis itu telah disifatkan oleh para
‘ulama bahawa perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau separuh Islam, atau sepertiga Islam
atau seumpamanya. Kemudian saya beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadishadis sahih, dan kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di
mana saya menyebut hadis-hadis tersebut secara dibuang sanadnya agar ia mudah dihafal, dan supaya
manfaatnya lebih tersebar umum insyaaAllah Ta‘ala, kemudian saya iringi pula hadis-hadis ini dengan
suatu bab pada menghuraikan makna lafaz-lafaz hadis (40 ini) yang tersembunyi. Sayugialah bagi
orang yang mencintai negeri akhirat bahawa dia mengenali hadis-hadis ini justera kandungannya yang
merangkumi perkara-perkara yang penting dan ingatan tentang segala ketaatan. Yang demikian itu
adalah bagi orang-orang yang benar-benar bertadabur. Kepada Allah jua pergantungan saya, kepadaNya jua harapan dan sandaran saya, dan segala puja dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya
jua Taufiq dan ‘Ishmah (‘Ishmah iaitu pemeliharaan daripada kesalahan. Daripada perkataan ini datangnya pecahan
perkataan “Ma’sum”).

Selasa, 29 Mac 2011

Ceramah umum masjid besi


Maulidul Rasul Saw. @ Haul Al Sheik Abdul Qadir Al Jailani Ra. Venue/Tempat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 9.April 2011/5.Jamaadil Awal 1432H Sabtu 5.00pm - 9.00pm penceramah - Muslimin& Muslimat di Jemput Hadhir.

Isnin, 28 Mac 2011

Apabila datangnya seorang fasik kapada kamu


MONDAY, MARCH 28, 2011
Apabila datangnya kepada kamu seorang fasik
Adab Muslim : Apabila datang kepada kamu seorang fasik....
Posted on Sunday, March 27 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuting

"Terlalu banyak isu sekarang ini sehingga memeningkan kepala bagi sesiapa yang mengikutinya. Di sebalik isu, terdapat berbagai-bagai pendapat. Tentu sahaja penerimaan masyarakat juga berbeza, ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya. Kalau setakat berita tentang hal-hal yang berlaku setiap hari seperti kemalangan jalanraya atau berita sukan, mungkin perasaan ingin tahu tidak begitu mendalam kecuali bagi mereka yang betul-betul meminati.

Akan tetapi, yang menjadi tarikan seluruh masyarakat Malaysia atau mungkin juga seluruh masyarakat dunia adalah tertumpu kepada suatu berita yang mengandungi seribu keaiban yang memalukan untuk didengar dan tidak patut diperkatakan lebih-lebih lagi melibatkan moral serta maruah individu.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut membicarakan isu yang dimaksudkan tetapi sekadar untuk mengajak pembaca kembali kepada beberapa adab kita sebagai seorang Islam apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini.

1. Al-Quran sebagai petunjuk orang-orang beriman dan bertakwa.
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:1-5)

2. Kembali kepada petunjuk al-Quran

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)

3. Menyelidiki 'sumber' berita.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)


4. Memahami Qazaf (menuduh zina) dan peranan kita sebagai seorang Islam yang taat.

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir. (Sumber Buku : Qazaf: Mangsa Fitnah)

Firman Allah dalam surah An-Nur

4. Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur24:4)
5. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur24:5)
6. Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - (An-Nuur 24:6)
7. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:7)
8. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - (An-Nuur 24:8)
9. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur 24:9)
10. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). (An-Nuur 24:10)
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (An-Nuur 24:11)
12. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (An-Nuur 24:12)
13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:13)
14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - (An-Nuur 24:14)
15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. (An-Nuur 24:15)

16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (An-Nuur 24:16)
17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:17)
18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nuur 24:18) |
19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nuur 24:19) |
20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (An-Nuur 24:20)

Penutup

Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.

Insya Allah.



SumberArtikel

Jumaat, 25 Mac 2011

Jom Bersama Pemuda

Minum petang pas Seremban

Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011


MAJLIS JAMUAN HI TEA
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255


CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi

Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan
at 17.3.11 0 comments

Taman Senawang Indah



Notis :Blog Surau Tmn.Senawang Indah Telah bertukar ka- blog = Taman Senawang Indah Berkuat kuasa 25.March 2011

Rabu, 16 Mac 2011

Peringatan ; Tsunami di Jepun 11.3.2011






Peringatan dari ALLAH gambar tsunami di Jepun

Nabi Zulkifli Penyabar , Amanah


NABI seterusnya, Zulkifli, anak Nabi Ayub. Nama sebenarnya Basyar, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya.

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai: “Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka
akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata: “Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”

Sejurus itu, sahut seorang pemuda bernama Basyar dengan suara yang lantang: “Aku sanggup.” Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Beliau adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud: “Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar.”

Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.

Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda.

Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau.

Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar.

Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah.

Rakyatnya berkata: “Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang.”

Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: “Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka.”

Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: “Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan.”

Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud: “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling baik.”

Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: “Kifli yang berasal dari kalangan Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa.

Ada seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60 dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. Setelah Kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis.

Kifli bertanya kepada wanita itu: “Kenapa kamu menangis? Apakah kamu tidak mahu? Wanita itu menjawab: “Tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada keperluan yang mendesak.”

Kifli berkata: “Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. Sebelum ini kamu belum pernah melakukannya.” Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan berkata: “Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan kepadamu.

Kemudian Rasulullah bersabda:, “Demi Allah, Kifli tidak melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli meninggal dunia pada waktu malam dan di pintunya tertulis, Allah memberikan keampunan kepada Kifli.”

Mengikut teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli saja, dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.

Nabi Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu, rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan ajal.

Zulkifli meninggal dunia pada usia 75 tahun. Beliau seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah. Beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.
Labels: Kisah nabi, kisah rasul

posted by Moderator @ 10:14 AM

Jumaat, 11 Mac 2011

Jam Raksasa dekat Kaabah alami kebakaran

am Raksasa di Dekat Kabah Alami Kebakaran
Kamis, 03 Maret 11

MAKKAH - Sebuah kebakaran besar terjadi di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada hari Selasa. Kebakaran itu sempat membuat panik jamaah umrah di Masjidilharam yang tengah thawaf dan sai.

Kebakaran mengakibatkan pemadaman listrik di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, seorang sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada laporan kematian atau cidera dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan warga dievakuasi dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Sipil juga memotong sambungan listrik ke menara sebagai bagian dari upaya untuk mencegah menjalarnya api.
Saksi mata mengatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari gedung.

Menurut laporan awal, api mulai di ruang generator. Namun listrik kembali menyala setelah api dipadamkan.

Letnan Kolonel Ali Al-Muntashri, juru bicara Pertahanan Sipil, mengatakan pihaknya mengirim tim penyelamat 15 dan 10 tim bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan korban luka atau cidera serius lain.

Penyelidikan telah diluncurkan untuk memastikan penyebab kebakaran, katanya. Perusahaan Listrik Saudi juga mengirimkan lima tim untuk mengatasi masalah itu.(rpblk)

Hit : 639 | Index | kirim ke teman | versi cetak |
Bagikan

Jamuan bersama Tuan Guru Hj.Hadi Awang


Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM
Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA)
Masa : 8 Malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Bersama :
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Mustafa Ali
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM30/seorang , RM300/meja

Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi :
Shamsul 019-6532973
Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206

Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan


Posted by NS at 3/11/2011

Sabtu, 5 Mac 2011

Memelihara Anjing Tanpa Kerperluan -Halal Haram Dalam Islam



2.3.13 Memelihara Anjing Tanpa Ada Keperluan

Termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan.

Banyak kita ketahui, ada beberapa orang yang berlebih-lebihan dalam memberikan makan anjingnya, sedang kepada manusia mereka sangat pelit. Ada pula yang kita saksikan orang-orang yang tidak cukup membiayai anjingnya itu dengan hartanya untuk melatih anjing, bahkan seluruh hatinya dicurahkan kepada anjing itu, sedang dia acuh tak acuh terhadap kerabatnya dan melupakan tetangga dan saudaranya.

Adanya anjing dalam rumah seorang muslim memungkinkan terdapatnya najis pada bejana dan sebagainya karena jilatan anjing itu.

Dimana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Apabila anjing menjilat dalam bejana kamu, maka cucilah dia tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. " (Riwayat Bukhari)
Sebagian ulama ada yang berpendapat, bahwa hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah: Kalau anjing itu menyalak dapat menakutkan tetamu yang datang, bisa membuat lari orang-orang yang datang akan meminta dan dapat mengganggu orang yang sedang jalan.

Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan:

"Malaikat Jibril datang kepadaku, kemudian ia berkata kepadaku sebagai berikut: Tadi malam saya datang kepadamu, tidak ada satupun yang menghalang-halangi aku untuk masuk kecuali karena di pintu rumahmu ada patung dan di dalamnya ada korden yang bergambar, dan di dalam rumah itu ada pula anjing. Oleh karena itu perintahkanlah supaya kepala patung itu dipotong untuk dijadikan seperti keadaan pohon dan perintahkanlah pula supaya korden itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang diduduki, dan diperintahkanlah anjing itu supaya dikeluarkan (Riwayat Abu Daud, Nasa'I, Tarmizi dan Ibnu Hibban)
Anjing yang dilarang dalam hadis ini hanyalah anjing yang dipelihara tanpa ada keperluan.

2.3.14 Memelihara Anjing Pemburu dan Penjaga, Hukumnya Mubah

Adapun anjing yang dipelihara karena ada kepentingan, misalnya untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang dan sebagainya dapat dikecualikan dari hukum ini. Sebab dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa memelihara anjing, selain anjing pemburu atau penjaga tanaman dan binatang, maka pahalanya akan berkurang setiap hari satu qirat." (Riwayat Jamaah)
Berdasar hadis tersebut, sebagian ahli fiqih berpendapat, bahwa larangan memelihara anjing itu hanya makruh, bukan haram, sebab kalau sesuatu yang haram samasekali tidak boleh diambil/dikerjakan baik pahalanya itu berkurang atau tidak.

Dilarangnya memelihara anjing dalam rumah, bukan berarti kita bersikap keras terhadap anjing atau kita diperintah untuk membunuhnya. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Dengan hadis tersebut Nabi mengisyaratkan kepada suatu pengertian yang besar dan realita yang tinggi sekali nilainya seperti halnya yang ditegaskan juga oleh al-Quran:

"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)
Rasulullah pernah juga mengkisahkan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai anjing di padang pasir, anjing itu menyalak-nyalak sambil makan debu karena kehausan. Lantas orang laki-laki tersebut menuju sebuah sumur dan melepas sepatunya kemudian dipenuhi air, lantas minumlah anjing tersebut dengan puas.

Setelah itu Nabi bersabda:

"Karena itu Allah berterimakasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya." (Riwayat Bukhari)
(sebelum, sesudah)

Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993
Indeks Islam | Indeks Qardhawi | Indeks Artikel | Tentang Pengarang
ISNET Homepage | MEDIA Homepage | Program Kerja | Koleksi | Anggota

Kebijakan Politik Rasullah Saw.Dlm.Perjanjian Hudaibiah

PKS-Jaksel: Orang yang mempelajari kehidupan Rasulullah SAW akan mengetahui bahwa semua tindakan dan perbuatan beliau pasti mengandung hikmah, tujuan dan jauhnya pandangan. Salah satu contoh yang paling utama yang menggambarkan kecerdikan dan kebijaksanaan beliau adalah tindakan beliau saat perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian Hudaibiah dilatarbelakangi oleh ajakan Rasulullah SAW kepada orang Arab dan Badui untuk mengunjungi Masjidil-Haram menunaikan umrah. Namun karena banyak yang menolak ajakan tersebut lantaran orang-orang Quraisy pernah berkata akan memerangi dan menghalangi umat islam yang mendatangi Masjidil Haram, maka Rasulullah juga mengajak kaum Muhajirin, dan Anshar untuk bergabung bersama.

Perjanjian Hudaibiah ini berbunyi “ dengan nama-Mu, Ya Allah. Ini adalah perjanjian antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amr. Keduanya sepakat mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Semua orang bisa merasakan keamanan dan tidak boleh saling menyerang. Barangsiapa yang datang dari Quraisy kepada Muhammad tanpa seizin walinya, ia harus dikembalikan. Barangsiapa datang dari Muhammad kepada Quraisy, maka ia tidak harus dikembalikan. Mereka tidak saling menawan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Muhammad, maka diperbolehkan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Quraisy, maka diperbolehkan.”

Sesaat setelah perjanjian itu, Rasulullah bersama pengikutnya diharuskan pulang dan baru boleh memasuki Mekah pada tahun berikutnya dan perjanjian ini telah menyebabkan orang quraisy yang masuk islam tanpa persetujuan walinya harus dikembalikan kepada kaum Quraisy. Hal ini menyebabkan para sahabat yang semula setuju Rasulullah menandatangani perjanjian ini mulai merasakan beratnya perjanjian ini.

sebagian sahabat kemudian, tidak menyetujuinya sampai-sampai menolak perintah beliau untuk membatalkan umrah mereka dan baru melaksanakannya ketika Rasulullah terlebih dahulu melakukannya.

Pernah suatu kali Abu Jandal mencoba meminta perlindungan Rasulullah dan tidak mau kembali ke kaum Quraisy, namun karena Rasulullah telah menyepakati perjanjian yang telah dibuatnya dengan nama Allah maka Rasulullah tidak bisa menghianatinya dengan memberi perlindungan.

Namun kemudian Allah segera memberikan jalan keluarnya. Bergabungnya Abu Jandal bin Suhail yang melarikan diri dari Quraisy dengan Abu Bashir (yang telah masuk islam) dan kemudian membentuk sebuah kelompok, menyebabkan orang Quraisy khawatir karena mereka selalu menghadang kafilah yang keluar dari Mekah.

Kemudian kaum Quraisy akhirnya meminta Rasulullah menghentikan penghadangan kafilah mereka. Hal ini membuat kaum Quraisy akhirnya setuju bahwa siapa saja yang masuk islam boleh bergabung dengan Rasulullah SAW dan tidak harus dikembalikan kepada Quraisy meskipun wali mereka tidak mengizinkan mereka masuk islam.

Perjanjian ini telah berpengaruh yang besar terhadap politik dan dakwah Rasulullah. Zuhri berkata,”Perjanjian Hudaibiah adalah kemenangan yang sangat besar bagi Islam, tidak ada kemenangan sebelumnya yang dapat melebihinya."

Sebelum perjanjian ini yang ada hanyalah perang.Setelah diadakan perjanjian ini, terciptalah gencatan senjata dan semua orang merasakan keamanan. Mereka bisa bebas bertemu, mengadakan perundingan dalam berbagai perselisihan. Kala itu, setiap orang yang diberitahu sedikit saja tentang ajaran islam, kemudian meresapinya tentu akan masuk islam.

Orang yang masuk islam dalam tempo berlangsungnya perjanjian itu menyamai jumlah orang yang masuk sebelumnya. Pada tenggang waktu itulah tokoh-tokoh sekelas Khalid Bin Walid, Amr bin Ash, utsman bin talhah juga berhasil masuk islam.

Keputusan yang dibuat Rasulullah ini menunjukkan keluasan pandangan beliau dalam memimpin umat dan kebijaksanaan beliau yang sangat cemerlang dibidang politik.

contoh ini menunjukkan bahwa Rasulullah sangat cerdik, bijaksana dan berpandangan jauh dalam mengambil keputusan-keputusan politiknya. Dari kebijakan ini dapat kita yakini bahwa kepemimpinan beliau adalah menurut petunjuk dan bimbingan Zat Yang telah Mengutusnya, ALLAH SWT.

Allahumma Sholli ’ala Muhammad wa ‘ala alii Muhammad.

Sumber : AR-Rasul, Said Hawwa.





Kirim ke rekan | Cetak naskah ini
Kebijakan Politik Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiah | Log-in atau daftar username baru | 0 Komentar
Batasan Tampilan Urutan
Komentar adalah pernyataan yang dibuat oleh seseorang dari postingnya.
Hal tersebut tidak harus mencerminkan opini dari situs ini.

Khamis, 3 Mac 2011

Siapakah Mahir Zain ???

Peminat nasyid kini dilanda tsunami Maher Zain. Setelah berkali-kali mendengar lirik lagu ini dalam IKIM.fm, aku cuba mencarinya dalam internet. Hmm... jumpa jugak.


Siapakah Maher Zain?

Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung 'Thank You Allah' mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet dan di radio.

Pernah tercatat di kedudukan nombor 1 carta Amazon's World Music dan nombor 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan

soldoutpada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Insya-Allah, Maher Zain akan membuat persembahan di Malaysia.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan aeronautik.

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian mereka berpindah ke New York. Selama beberapa tahun berada di tengah-tengah kesibukan kota New York, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar“.

Secara serius, aku jarang mendengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Yusof Islam. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakan suara dia ni.

Secara amnya konsep yang dibawa dalam album ini lebih kepada berbentuk islamik. Tidak boleh nak dibandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu.

Kebanyakan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh hati dengannya....




http://www.facebook.com/MaherZain

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Songs: Insha Allah, Allahi Allah Kiya Karo, Ya Nabi Salam Alayka, Palestine Will Be Free, Always Be There, Thank You Allah, Never Forget, Hold My Hand, Awaken, The Chosen One, Insha Allah (Arabic Version), Insha Allah (French Version)and Baraka Allahu Lakuma.


Insaallah - Mahir Zain.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما
Posted on Friday, March 04 @ 00:02:52 MYT by tok_aji