Selasa, 31 Ogos 2010

Solat-solat Sunat

SOLAT-SOLAT SUNAT

SOLAT SUNAT AWWABIN
SOLAT SUNAT RAWATIB
SOLAT SUNAT HAJAT
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
SOLAT SUNAT DHUHA
SOLAT SUNAT TASBIH
SOLAT SUNAT WITIR
SOLAT SUNAT ISTISQA'
SOLAT SUNAT TAUBAT


SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin

a) Pada dua rakaat yang pertama


(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)

Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

b) Pada dua rakaat yang kedua


Sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

c) Pada dua rakaat yang ketiga


(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

FARDHU

SEBELUM

HUKUM

SELEPAS

HUKUM

Subuh 2 rakaat Muakkat Tiada Tiada
Zohor @ Jumaat 4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat 4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar 4 rakaat Tidak Muakkat Tiada sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib 2 rakaat Tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat
Isyak 2 rakaat tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

Rasulullah SAW bersabda,
Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah




"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud


Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala




"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha


Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar,
tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian
sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"


Doa :



"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih

Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir



Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


SOLAT SUNAT ISTISQA'

Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA


Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’



“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya.
Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya,
sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan,
dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.


Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”


“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis
yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”


“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan
hidupkanlah negeriMu yang mati”


SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat


Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had


Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini


Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


Ahad, 29 Ogos 2010

Qiammulail - Surau Tmn.Senawang indah


EH><....Kersian adik ni kenapa diorangni tak kejut Ye ye...nanti lainkali kita buat laie. amin....tu le puasa leteh ye. ye

Progeram Qiamulail Remaja Surau TSI










Upecara aktiviti Remaja Surau TSI yang berlansung dengan jayanya syabas diucapkan pada 28.08.2010 - 29.08.2010 - hadhir 47 remaja lelaki aktiviti berjalan mengikut jadual yang dipimpin - Penasihat pimpinan Ust.Nordin Hj.Ahmad - En.Kamaruzaman Haron En Abd.Razak b.Kamarulzaman -Pengurusi KRT Tmn.Senawang Indah En.Fauzi b.Hj.Ahmad dari solat tyerawih hingga upacara penutup Ust.Nordin b.Hj.Ahmad -

Sabtu, 28 Ogos 2010

Qiammulail - Surau Tmn.Senawang indah


28.ogos.2010 = 18.Ramadhan 1431 .Aktiviti Ramadhan.AJK surau sepakat KRT Tmn.Senawang Indah mengadakan Qiammulail (surau TSI)untuk remaja taman .Bagi mengisi program remaja surau -Pernyertaan terbuka - Progeram dikendalikan En.Kamarulzaman Bin Haron [AJK - Surau]Jln. orkid 6.En.Mohammad Fauzi bin Hj.Ahmad [Pengerusi KRT] Lrg.orkid 9/1 Pimpinan Penasihat Ust.Nordin bin Hj.Ahmad - En.Abd.Razak bin Kamarulzaman dan tetamu pimpinan (undangan) PROGERAM = bermula -Lepas solat Terawih - Bersahur .Solat subuh - progeram ditangguhkan bersurai moga diberkati allah Amin....

Khamis, 26 Ogos 2010

Khutbah Jumaat 27.ogos.2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“KEMERDEKAAAN BERSAMA ROH RAMADHAN”
(27 OGOS 2010 / 17 RAMADHAN 1431H)






Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Hari ini 17 Ramadhan, Nuzul al-Quran. Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “KEMERDEKAAN BERSAMA ROH RAMADHAN”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Malaysia adalah sebuah negara Islam. Dalam Perlembagaan diperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan. Kerana itulah menjadi kewajipan setiap rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada negara yang antara lainnya ialah Pertama: Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga. Kedua: Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ketiga: Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara. Keempat: Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara dan Kelima: Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara. Imam Syihabuddin al-Absyihi menyatakan: Sesungguhnya taat kepada pemerintah itu akan mengukuhkan agama dan menjamin ketertiban dalam urusan kehidupan umat Islam, manakala menderhaka pula boleh meruntuhkan asas-asas agama. Ketahuilah bahawa tingkatan kebahagian yang tertinggi ialah taat kepada pemerintah di samping ianya menjadi penyelamat daripada segala kekacauan.
Kerana itulah mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi agar nikmat ini akan berkekalan dan kemakmuran negara akan sentiasa bertambah dengan pengisian-pengisian yang diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Sesungguhnya segala pembangunan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini adalah hasil dari nikmat kemerdekaan yang telah dicapai. Namun, Persoalan besar pada hari ini adakah kita sebenarnya sudah merdeka, adakah sekadar kita lepas bebas ataupun tidak lagi dijajah oleh kuasa barat seperti sebelum ini, ataupun kerana kita telah mencapai kemajuan seperti yang kita alami sekarang, kita dikatakan sudah merdeka?.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Ramadhan diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai suatu proses untuk mencari erti kemerdekaan yang sebenar. Selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh dua penjajahan. Penjajah pertama adalah syaitan. Ia sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah SWT sepertimana janjinya kepada Tuhan.
Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah SWT hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran. Ramadhan datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajah pertama ini. Syaitan dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan syaitan menguasai kita. Penjajah kedua ialah hawa nafsu dan dirinya sendiri sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jaathiyah ayat 23:

Maksudnya: ”Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?.”

Mereka yang dijajah oleh hawa nafsu dan dirinya sendiri tidak mampu membuat pilihan dalam hidupnya. Apa sahaja yang diinginkan oleh nafsunya, semua itu dipatuhi. Mereka ini buta biar pun celik, mereka pekak biar pun bertelinga, mereka menjadi bodoh biar pun menguasai ilmu. Lihatlah berapa ramai manusia yang rosak, kerana hidupnya bertuhankan nafsu? dan berapa banyak tamadun manusia dan kerajaan memerintah yang musnah, apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan tuhan tetapi berkiblatkan nafsu?.
Ramadhan datang mendidik kita untuk memerangi nafsu. Betapa ketika kita ada makanan dan minuman, namun memilih untuk tidak makan dan minum kerana mahu patuh kepada Allah SWT? betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka kerana mahu mematuhi Allah?. Semua itu adalah pengajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri dan nafsu, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Mereka yang berjaya mengawal diri dan nafsu ini adalah mereka yang benar-benar merdeka sehingga membentuk dirinya menjadi seorang insan bersih lagi bertakwa. Firman Allah SWT dalam surah al-Syams ayat 7-9:

Maksudnya : ” Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih. ”

Mimbar ingin mengingatkan bahawa tubuh badan kita diibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol tersebut akan dipenuhi nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kita melupai Allah SWT. Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah menyebabkan manusia mengalami penyakit rohani berakhlak buruk seperti mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, hasad dengki, berzina, berjudi dan sebagainya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Tarbiah madrasah Ramadhan sebenarnya dapat membentuk sebuah masyarakat dan negara rabbani yang penuh keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT. Rakyat yang dididik dengan roh Ramadhan tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan mengikut perasan dan hawa nafsu, menzahirkan penghambaan yang sebenar dan sempurna kepada Allah SWT serta juga tidak diperhambakan oleh kekayaan, pengaruh harta benda, tidak dilenakan dengan kesenangan sementara. Jiwa mereka sentiasa tenang, jauh dari keluh kesah serta tidak dikuasai oleh perasaan takut.
Amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan seperti solat berjamaah, bersedekah dapat memupuk cintakan persaudaraan dan merapatkan perpaduan antara rakyat. Dengan demikian keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara itu dapat dipelihara dan dijaga. Seorang ulama sufi Ahmad bin Khadrawiyah pernah berkata: Di dalam Ramadhan terdapat penghambaan yang sempurna. Ramadhan dapat mencegah si pelakunya dari akhlak yang tercela, perkataan dan perbuataan yang tercela. Adakah yang lebih indah dari kemerdekaan ini? Mimbar menyeru pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah sama-sama kita kaji bagaimana sebenarnya hidup seorang hamba kepada Allah SWT dengan memerdekakan diri kita dari segala bentuk dosa dan kesalahan kepada Allah SWT.
Sebagai kesimpulan, mimbar ingin mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun pada 31 ogos bersamaan 21 Ramadhan al-Mubarak 1431H, marilah kita menjadikan amalan sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai amalan contoh untuk mencegah, merawat penyakit dan mengekalkan gaya hidup yang di redai oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah Huud ayat 88:

Maksudnya: ”Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepada-Nyalah Aku kembali.”

Tazkirah - Malam lailatul Qadar

Tazkirah Lailatul QadarBismillahirahmanirahhim.

Assalammualaikum wbt.



"â€Â¦(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad



Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.

Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.

Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.

Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.

Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.



Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;

· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;

· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;

· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."



Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.



Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan wassalam.
Tazkirah From: Madzlan

Rabu, 25 Ogos 2010

Penjawat Awam Dan Pesara Rm.500.duit raya

Kakitangan k'jaan dapat duit raya RM500


Kerajaan bersetuju membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal, lapor Bernama.

Hadis : Menghina orang lain

Hadis : Menghina Orang Lain Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian :
i)
Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.


ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Selasa, 24 Ogos 2010

Doa ringkas selepas solat

Doa ringkas selepas solat


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

<<>

Biodata

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril

Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Tentang Blog Ini

Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hubungi Penulis

Laman ini bebas dilayari oleh sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai apa-apa soalan yang berkaitan, komen atau nasihat, anda boleh menghubungi saya melalui link 'email' di atas. Sekiranya anda mempunyai apa jua bacaan doa yang ingin dikongsi dilaman ini, saya mengalu-alukan cadangan daripada anda. Akhirnya saya berharap anda memperoleh manfaat daripada himpunan doa-doa ini dan dapat membantu saya menyebarkan laman web ini dengan mengunakan link yang boleh anda dapati di sini.

Selamat berdoa dan beramal..!

Doa untuk memudahkan urusan

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Isnin, 23 Ogos 2010

Senarai Hotel Halal - untuk Berbuka Puasa

Senarai hotel yang halal untuk berbuka puasa
Posted on Saturday, August 21 @ 00:57:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Info Semasa Kiriman Asrulsani Ahmad

Samaada anda berpuasa atau tidak pastikan anda berbuka puasa di hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal. Jika tidak berpuasa sila berlakon dan tunjukkan keletihan semasa beratur mengambil juadah "Buffet Ramadan" semasa berbuka di hotel lima bintang.

Jika berpuasa jangan terlalu ghairah dan senang-senang menerima jemputan majlis berbuka dan pastikan disemak dahulu senarai hotel di bawah. Kalau was-was, berbuka sahaja di rumah.



Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotelSenarai hotel yang mendapat sijil halal dariapda Jakim bagi dapur hotel:

1. Ancasa Hotel, Kuala Lumpur 2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur 3. Cititel Hotel, Pulau Pinang 4. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya 5. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya 6. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur 7. Evergreen Laurel Hotel , Pulau Pinang
8. Citrus Hotel, Kuala Lumpur 9. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur 10. Grand Dorsett Labuan Hotel

11. Hotel Armada, Petaling Jaya 12. Hotel Hilton, Petaling Jaya 13.Hotel Seri Malaysia , Alor Setar 14. Hotel Seri Malaysia , Genting Highlands 15. Hotel Seri Malaysia , Kuantan 16. Hotel Seri Malaysia , Marang 17. Hotel Seri Malaysia , Pulau Pinang 18. Hotel Seri Malaysia , Sungai Petani 19. Hotel Seri Malaysia , Taiping 20. Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

21. Pan Pacific KLIA, Sepang22. KLI Hotel, Kuala Lumpur 23. Hotel Putra, Kuala Lumpur 24. Legend Hotel, Kuala Lumpur 25. Midah Hotel, Kuala Lumpur 26. Corus Hotel, Kuala Lumpur 27. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan 28. PG Hotel Sdn Bhd 29. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur 30. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur

31. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur 32. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur33. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam 34. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 35. Hotel Maluri, Kuala Lumpur 36. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak
37. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur 38. The Summit Hotel. Subang Jaya 39. Mutiara Johor Bahru 40. Hotel Istana, Kuala Lumpur .

SELAMAT BERPUSA DAN BERBUKA.

...

Makanan halal di Washyinton Dc HALALCO

Berburu Makanan Halal di Supermarket Halal Foods Sekitar Washington DC
Kamis, 19 Agustus 10

Bagi penduduk yang sudah tinggal lama di ibukota Amerika, Washington, D.C. dan sekitarnya, untuk mencari tempat-tempat yang menjual makanan halal tidak lagi menjadi soal. Tetapi bagi imigran pendatang baru, pertanyaan yang sering dikemukakan adalah, ” Di mana ya tempat-tempat yang menjual makanan halal, daging misalnya?”

Terus datangnya arus imigran ke daerah Washington, D.C. dan sekitarnya berarti tuntutan bagi perluasan toko-toko, restoran dan bisnis serta tempat-tempat yang menyediakan kebutuhan tertentu, terutama makanan halal. Untuk itu, Mohammad Abdul-Mateen Chida, pendiri dan pemilik toko serba ada “Halalco” di kota Falls Church, Virginia Utara, khusus menyediakan kebutuhan untuk komunitas muslim.

Dikatakannya, umat muslim di daerah pinggiran ibukota, di Virginia utara, yang ingin makanan halal saja, sekarang dapat memilih lebih dari 40 toko yang menjual daging halal, antara lain di toko Halalco itu.

Mohammad Abdul-Mateen Chida mengatakan bahwa dia sendiri dulu biasa menyembelih hewan untuk daging halal. Tetapi sekarang dia memperoleh daging halal yang dijualnya dari salah satu distributor besar. Tiga puluh tahun yang lalu tokonya adalah satu-satunya tempat yang menjual daging halal di daerah itu.

Setelah berkembang, toko itu menyediakan juga kebutuhan lain-lainnya, seperti bumbu- bumbu, berbagai buku masakan dalam berbagai bahasa, seperti Arab, Persia dan Urdu, juga buku-buku agama Islam, dan, pakaian muslim asal negara masing-masing.

Makanan khas Islam dari negara masing-masing pendatang , seperti kurma, beras dan kue-kue berdatangan dari negara-negara seperti Indonesia, Pakistan, India, Malaysia, Turki, Iran dan beberapa negara Afrika.

Selain “Halalco” ada juga beberapa toko lain yang khusus menjual daging halal dan barang-barang kebutuhan lainnya, di Maryland, Virginia, Washington D.C. dan tempat-tempat lain.

Mohammad Abdul-Mateen Chida, asli India, datang ke Amerika tahun 1963 untuk sekolah teknik mesin di Universitas Minnesota dan kemudian mulai bisnis makanan halal di kota itu kecil-kecilan, yang menjadi besar. Dia pindah ke Washington D.C tahun 1970, sampai akhirnya memiliki supermarket kebutuhan makanan halal “Halalco” di Virginia Utara. Mohammad Chida senang dapat merasa turut membantu warga seagama dengan menyediakan kebutuhan mereka.

Dalam bulan Ramadan seperti sekarang ini, toko-toko itu bertambah ramai, terutama dengan para pendatang baru. Bahkan banyak pula orang Amerika dan warga negara lain yang agaknya tertarik juga.


Ternyata banyak pula restoran-restoran lain yang khusus menyajikan masakan halal. Jelas saja pasti ramai, bahkan kadang-kadang sudah ada yang antri menjelang buka puasa.


Hit : 91 | Index | kirim ke teman | versi cetak | Bagikan

Hadis:Sikap Yang Baik

Hadis : Sikap Yang Baik
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Riwayat Ibnu Abi Dunya

Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.
posted by BLOGGER @ 3:27 PM

Ahad, 22 Ogos 2010

Hadith ; Himpunan hadith jakim

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
(Muslim)

Huraian
1. Puasa sunat yang sangat dituntut kepada umat Islam mengerjakannya selepas daripada puasa fardhu (Ramadhan) ialah puasa pada bulan Muharram, sama ada di awal, di tengah atau di akhir bulan.
2. Islam menganjurkan kepada semua umatnya agar memperbanyakkan ibadat sunat termasuk solat sunat di mana sembahyang sunat yang paling mulia dan banyak kelebihannya di sisi Allah ialah sembahyang sunat di waktu malam, lebih-lebih lagi di waktu malam di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah.