Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
" SELAMATKAN PALESTIN "
(11 JUN 2010 / 28 JAMADILAKHIR 1431H)
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: SELAMATKAN PALESTIN".
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam catatan tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dihati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin ialah kerana hubungannya dengan masjid al-Aqsa. Masjid ini mempunyai
Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis kepada rakyat Palestin bermula dalam tahun 1948 apabila wujudnya negara haram Israel dibumi Palestin dengan pertolongan negara Barat terutamanya British dan Amerika Syarikat. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu menyayat hati kaum muslimin apabila kezaliman Zionis yang menghina akidah umat Islam, rakyat Palestin diseksa, dizalimi dan dibunuh seperti haiwan dan bangsa Palestin diaibkan, dimalukan secara terbuka kepada masyarakat dunia tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
Berdasarkan pemerhatian mimbar dan penganalisis politik antarabangsa kerajaan zionis
Maksudnya: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. "
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sejak penubuhan negara
Bumi Palestin dinodai. umat Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berjuang bersendirian untuk mempertahankan masjid al-Aqsa dan wilayah-wilayah yang ditakluki oleh rejim Zionis. Dalam perkembangan terbaru pula rejim Zionis sedang melakukan kepungan dari darat dan laut di semenanjung
Apa yang memeritkan tatkala masyarakat Islam masyarakat antarabangsa seluruh dunia menghantar misi bantuan kemanusian melalui darat dan laut kepada rakyat palestin, rejim Zionis menghalang serta melakukan pembunuhan keatas sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusian tersebut. Mimbar merasa kecewa dengan kekejaman yang menimpa fortila-fortila yang melaksanakan misi ini kerana apa yang dilakukan oleh sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang merentasi sempadan agama, bangsa dan negara.
Negara
Di manakah salah dan silapnya? Kita perlu membataskan kebergantungan kita dengan orang lain dan kembali mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:
Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.
Bantuan kepada rakyat Palestin boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah kepada usaha-usaha untuk memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejin Yahudi dihalau keluar daripada negara Palestin. Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung perkampungan itu selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Mimbar ingin merumuskan , insaflah dan sedarlah, sesungguhnya umat Islam wajib bersatu untuk mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap kepada bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam. Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam dibawah telunjuk Zionis dan pakatan mereka. Pemimpin dunia Islam perlu bangkit dan memberi sokongan kepada segala usaha untuk menyelamatkan saudara seagama demi mempertahankan Islam dan tanah air.
Mimbar juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan kemanusian
Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam agar menghulurkan segala bentuk bantuan dan menyokong sebarang usaha dalam misi kemanusian Palestin . Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan