Ahad, 24 Oktober 2010

Jemaah dibenar guna Tren Al Mashair -hanya pada hari Al Tarwiyah


Jemaah Dibenar Menggunakan Tren Al-Mashair Hanya Pada Hari Al-Tarwiyah
Jemaah Dibenar Menggunakan Tren Al-Mashair Hanya Pada Hari Al-Tarwiyah

MEKAH, 24 Okt - Jemaah haji hanya dibenar menggunakan tren Al-Mashair pada hari "Al-Tarwiyah," hari jemaah menunaikan ibadah korban, kata pembantu di Kementerian Haji Dr Sahal Al-Saban.

Dr Sahal yang dipetik akhbar tempatan, Saudi Gazette hari ini berkata tren itu hanya boleh diguna oleh kumpulan sasar termasuk jemaah tempatan dan mereka yang datang dari Gulf Cooperation Council (GCC) dan mereka yang menggunakan jalan darat apabila turun dari Bukit Arafat ke Muzdalifa.

Saudi Gazette berkata berdasarkan laporan akhbar Al-Madina penggunaan tren itu dijangka mengurangkan jumlah kenderaan yang menghala ke tempat ibadat suci itu.

Ia berkata hanya mereka yang mempunyai permit haji yang sah akan dibenar memasuki stesen tren dan kawasan yang menghubungkannya.

Sementara itu, Kementerian Haji meluluskan 25 kawasan baru untuk syarikat jemaah haji yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan untuk tren itu. Kesemua syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan kepada jemaah tempatan.

Dr Sahal berkata stesen tren di kem jemaah tempatan telah siap. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan