Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umatIslam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Keturunan Nabi S.W.A


Keturunan Nabi SAW Penjelasan seputar keturunan Nabi SAW: Nabi saw keturunan Ibrahim tu memang betul. Putra pertama Ibrahim AS ialahIsmail AS dari ibu yg bernama Hajar alQibtiyah alMisriyah (bangsa Qibti Egpyt). Yahudi pula dari nasab anak kedua Ibrahim AS yg bernama Isyhaq (Isaac) dari ibu yg bernama Sarah. Ismail yg menetap di Tanah Arab (Mekah) membentuk bangsa Arab Isma'iliyah dan lahirlah Bani Adnan (moyang RasuluLLah). Manakala Ishaq yg menetap di Kana'an (Palestine) melahirkan bangsa Israel melalui Yaacob (Jacob) anak kedua kepada Ishaq. Jadi, RasuluLlah saw adalah keturunan Ibrahim melalui anak pertamanya IsmailAS. Manakala Israel dan Yahudisme adalah juga keturunan Ibrahim tapi nasabnya dari ibu yg berlainan. Kesemuanya bertemu pada rumpun asal: Ibrahim AS. Agama asal baik keturunan Ismail (Arab) dan keturunan isyhaq dan Yaacob (Bani Israel) adalah agama hanif atau ajaran Tawheed. Agama Judaism atau agama Yahudi adalah agama yg sesat dan terkeluar dari ajaran Ibrahim AS. Dalil: AQ 2:140 (dakwaan Ibrahim beragama Judaisme/ Yahudi adalah dakwaan palsu) Untuk pengetahuan saudari,ini sebenarnya ialah dakyah terbaru kaum yahudi atau kristian di malaysia ini.Mereka berlakon konon2nya berminat untuk mendalami Islam.Biasanya,lelaki kristian ini akan mendekati wanita muslim,dan berpura2 untuk mendalami Islam,dan kahirnya tanpa disedari oleh wanita muslim tadi yg mereka telah terjerat dalam arus percintaan.Akhirnya senanglah kristian itu mengkristiankan mereka.Ini lah akibat kejahilan dan kerapuhan ummat islam terhadap akidah yg suci lagi sahih. Sebenarnya,saudari boleh merujuk kepada pakar sirah atau sejarah.Yahudi dan bani israel adalah suatu gelaran yang agak berbeza.Tetapi,sekarang,puak yahudi ini,mengatakan bahawa mereka ialah keturunan bani israil.yahudi merupakan golongan yang dikutuk oleh Allah Taala. Kalau ikut sejarah,Nabi Ibrahim berkahwin dengan siti hajar dan juga maisarah.Maisarah ini adalah berketurunan bangsawan dari puak bani israil manakala siti hajar pula adalah dari golongan org kebanyakan/hamba yang bukan berketurunan bani israil. Hasil dari perkahwinan itu,melalui siti hajar,nabi ibrahim mendapatkan anak,namanya nabi ismail,manakala melalui maisarah pula,nabi ibrahim mendapat anak iaitu nabi Ishak. Dari susur galur nabi Ismail lah,lahirnya nabi kita muhammad s.aw. yang berbangsa qurais,sekali lagi saya tegaskan,berbangsa qurais,bukannya yahudi atau bani israil. Di sebabkan oleh kerana,puak puak pendita yahudi yg amat berharap munculnya nabi akhir zaman dari golongan mereka,tetapi,akhirnya muncul nabi muhammad dr golongan qurais,mereka kecewa dan tidak mengakui kerasulan nabi muhammad. Kebanyakaan ummat Islam sekarang,tidak tahu pasal sirah,termasuk saya,maka ianya diambil peluang oleh pendakyah kristian untuk mengelirukan ummat Islam.

Sabtu, 12 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Surau Tmn.Senawang Indah : Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh : 19.Februari 2011 [Sabtu]Aturcara : Petang
: 2.45 ptg. - Berkumpul di Surau
: 3.00 ptg. - Berzanji / Selawat Nabi / Solat Asar

: 7.29 mlm. Azan / Solat Magrib Ceramah Oleh :

Kpt.Rozali bin Che Jaafar, dari ILMI P/Dickson