Khamis, 10 Jun 2010

Khubah Jumaat dari JAKIM - 11.june.2010 = 28 J.Akhir



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" SELAMATKAN PALESTIN "

(11 JUN 2010 / 28 JAMADILAKHIR 1431H)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: SELAMATKAN PALESTIN".

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam catatan tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dihati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin ialah kerana hubungannya dengan masjid al-Aqsa. Masjid ini mempunyai lima keistimewaan iaitu, pertama : menjadi salah satu daripada tiga masjid paling suci selepas masjidil Haram Mekah dan masjid Nabawi Madinah, kedua: kiblat pertama umat Islam, ketiga: masjid yang kedua dibina atas muka bumi selepas 40 tahun pembinaan masjidil Haram, keempat: tempat berlakunya Isra’ Mikraj dan kelimanya: masjid al-Aqsa menjadi harta waqaf umat Islam sepanjang zaman.

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis kepada rakyat Palestin bermula dalam tahun 1948 apabila wujudnya negara haram Israel dibumi Palestin dengan pertolongan negara Barat terutamanya British dan Amerika Syarikat. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu menyayat hati kaum muslimin apabila kezaliman Zionis yang menghina akidah umat Islam, rakyat Palestin diseksa, dizalimi dan dibunuh seperti haiwan dan bangsa Palestin diaibkan, dimalukan secara terbuka kepada masyarakat dunia tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Berdasarkan pemerhatian mimbar dan penganalisis politik antarabangsa kerajaan zionis Israel adalah kerajaan yang kebal, berada diatas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Benarlah apa yang diungkapkan oleh Allah mengenai sifat-sifat keji mereka. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 157:

Maksudnya: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. "

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Sejak penubuhan negara Israel hingga kini iaitu 60 yang lalu, rejim Zionis sedang berusaha keras untuk menghapus bersih bangsa dan tamadun Palestin. Pada tahun 1969 puak Zionis membakar masjid al-Aqsa yang suci. Usaha terus dibuat hingga ke hari ini untuk meruntuhkan masjid dengan beransur-ansur menggali terowong-terowong dibawah masjid al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya. Tapak masjid ini akan digantikan dengan kuil Yahudi Haikal Sulaiman. Pada masa ini masjid ini masih dikepong dan hanya umat Islam yang berumur 45 tahun keatas dibenarkan solat di masjid ini. Di saat ini juga masjid-masjid lain di Palestin telah ditukar menjadi kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu.

Bumi Palestin dinodai. umat Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berjuang bersendirian untuk mempertahankan masjid al-Aqsa dan wilayah-wilayah yang ditakluki oleh rejim Zionis. Dalam perkembangan terbaru pula rejim Zionis sedang melakukan kepungan dari darat dan laut di semenanjung Gaza supaya penduduk Gaza mati dalam kelaparan. Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berterusan dan tiada penamatnya kecuali rakyat Palestin berlutut kepadanya.

Apa yang memeritkan tatkala masyarakat Islam masyarakat antarabangsa seluruh dunia menghantar misi bantuan kemanusian melalui darat dan laut kepada rakyat palestin, rejim Zionis menghalang serta melakukan pembunuhan keatas sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusian tersebut. Mimbar merasa kecewa dengan kekejaman yang menimpa fortila-fortila yang melaksanakan misi ini kerana apa yang dilakukan oleh sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang merentasi sempadan agama, bangsa dan negara.

Negara Israel sebuah Negara yang kecil, tetapi rejim Zionis yang disokong kuat oleh kuasa besar barat agak sukar dikalahkan. Walhal negaranya dan penduduk yang sedikit.

Di manakah salah dan silapnya? Kita perlu membataskan kebergantungan kita dengan orang lain dan kembali mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.

Bantuan kepada rakyat Palestin boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah kepada usaha-usaha untuk memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejin Yahudi dihalau keluar daripada negara Palestin. Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung perkampungan itu selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar ingin merumuskan , insaflah dan sedarlah, sesungguhnya umat Islam wajib bersatu untuk mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap kepada bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam. Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam dibawah telunjuk Zionis dan pakatan mereka. Pemimpin dunia Islam perlu bangkit dan memberi sokongan kepada segala usaha untuk menyelamatkan saudara seagama demi mempertahankan Islam dan tanah air.

Mimbar juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan kemanusian Gaza samada yang beragama Islam atau bukan Islam atas usaha yang dilakukan dengan mengumpul bantuan dan dana serta sanggup berkorban nyawa, tenaga bagi membantu penderitaan dan menyelamatkan rakyat Palestin. kita berdoa agar mereka diberi kekuatan berpanjangan untuk meneruskan misi kemanusian ini. Sesungguhnya misi ini telah membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman rejim Zionis.

Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam agar menghulurkan segala bentuk bantuan dan menyokong sebarang usaha dalam misi kemanusian Palestin . Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. "

Isnin, 7 Jun 2010

Gotong Royong di majlis perkahwinan anak Hj. Razak Kasim

Bahagian decoration memulakan tugas (tema pink)..Persiapan terakhir bermula majlis perkahwinan anak perempuan Hj Razak Kasim - 06 june 2010 - Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Penat nye..xde ke rokok rewang ni..
Gotong royong membasuh ayam

Kerja bahagian dapur majlis perkahwinan anak Hj Razak Kasim

Sabtu, 5 Jun 2010

Umur Dan Harta [ Ustaz Ismail Kamus ] - 1

Majlis pernikahan anak perempuan Hj.Razak Kasim


o5 june.majlis pernikahan bermula lepas solat asar

Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sendiri Berubat Tanpa Kos?

 “DARAH tinggi, diabetes dan sakit jantung adalah penyakit 3 beradik atau 3 serangkai. Sama-sama kronik dan berkait rapat antara satu sama lain. Mula-mula 1 penyakit, akan tambah berkembar jadi 2 dan seterusnya.” Kata seorang lelaki peniaga kecil, berumur kira-kira 50 tahun. “PRU 12 ni aku bimbang BN menang lagi, kerana ikut laporannya, kerajaan BN sedang merancang untuk swastakan semua hospital kerajaan Ogos ini. Hai... teruklah kita, dah le keadaan ekonomi mulai merudum!”



“Nabi kata, tiap-tiap penyakit ada ubatnya.” Jawab seorang ustaz, yang kira-kira 5 tahun lebih tua dari lelaki tadi. “10 tahun dulu saya terkejut, rupanya saya sudah 5 tahun mengidap kencing manis (diabetes) , tapi saya tak tahu, walaupun masih belum kronik sangat. Saya berubat di kelinik biasa (alleopathy), doktor kata, penyakit ni tak boleh baik cuma boleh bertahan saja. Saya fikir-fikir… tak betul pendekatan doktor itu dan bercanggah dengan kata Nabi tadi… ubat memang boleh bagi baik, buat apa bagi pesakit takut?”


“Ustaz tak berubat ke dengan perubatan alleopathy itu?”


“5 tahun saya berubat… memang diabetes itu boleh bertahan. Tapi pada suatu pagi saya bangun dari tidur, tangan saya tak boleh angkat sebelah. Hal ini menyebabkan saya beralih berubat dengan perubatan homeopaty pula. Menurut doktor homeopathy itu, mungkin hal tersebut kesan dari guna ubat alleopathy. Saya pun belajar perubatan homeopathy. Baru saya tahu, rupanya pernah berlaku pertembungan hebat di awal kebangkitan ilmu perubatan antara perubatan alleopaty dengan homeopathy. Banyak pro dan kontranya.


Antara yang saya ingat kata-kata doktor homeopathy seperti group Dr Semuel Henamhann dulu, ‘…perubatan alleopathy hanya mampu menimbus satu lubang penyakit, dengan terpaksa mengorek lobang penyakit lain yang lebih besar lagi’. Dan ‘ubatan alleopathy lebih banyak membunuh pesakit dari mengubatinya’.


Perubatan homeopathy di bawa masuk ke Malaya dulu oleh Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, Prof Dr Burhanuddun Al-Helmy. Ada orang kata, kalau yang bawa masuk homeopathy itu bukan pemimpin PAS (PAS waktu itu menjadi musuh parti Perikatan yang memerintah) ada harapan perubatan homeopathy diiktiraf oleh kerajaan (waktu itu), dan berkembang setanding dengan alleopathy, seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah hari ini, termasuk England sendiri.”


“Sekarang ustaz makan ubat apa?” Yang lain menambah.


“Beberapa tahun saya guna ubat homeopathy, tetapi kerana saya terpaksa jimatkan kos saya pilih perubatan herba, yang saya tanam keliling rumah. Kini saya jadi doktor sendiri berubat tanpa kos.” Jelas ustaz itu.


“Okey tu. Kami pun nak jadi doktor sendiri juga, boleh ke ustaz tolong ajarkan untuk penyakit darah tinggi dan diabetes?” Mereka pun nak jadi doktor sendiri juga.


“Mudah saja…” Kata ustaz. “Kamu kenal tak ‘pokok seruntun’?”


Ada yang mengangguk, ada yang geleng kepala.


“Akar seruntun, disebut juga patawali (atau putawali), brotowali, atau batang wali. Nama saintifik atau botaninya disebut ‘tinospora krispa (miers) atau tinosprora tuberculata. Dari jenis (famili) menispermaceae. Selalu dijumpai di pagar-pagar lama atau rumah tinggal. Saya tanam sendiri di tepi rumah. Sejengkal batang patawali saya gantung tepi pagar kira-kira 1 kaki atas tanah. Beberapa hari kemudian, tumbuh akar dan pucuk terus hidup. Amat mudah. Sekarang sudah penuh pagar dan menjalar hingga ke bumbung rumah. Berjurai-jurai, nampak cantik pula, boleh buat tanaman hiasan.”


“Ya. Ya. Saya juga terbaca dalam keterangan dari MARDI..” Tambah kawan yang mengangguk tadi. “Pokok jenis memanjat, berkayu lembut. Batangnya berbintil-bintil (berkerutu), kulit nipis dan mudah terkupas (dipisahkan). Garis pusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir. Rasanya pahit. Ya. Aku ingat, isteri jiran aku nak pisahkan bayinya jangan hisap susu ibu lagi, dia sapu sikit di kepala payudaranya, bayinya dah tak mahu hisap lagi terus berhenti. Bayi pun tahu pahitnya!”


Masing-masing tertawa dengar cerita itu.


Dia menyambung lagi, “Daunnya bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama, nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang. Itu, antara keterangan yang aku dapat dari MARDI.”


Ustaz itu menyambung lagi, “Batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini dijadikan bahan, dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda, mempunyai 6 mahkota berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih bila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan dammar… Manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.”


“Apa khasiatnya dan macam mana nak guna?”


“Batangnya adalah bahagian utama mengandungi khasiat. Digunakan untuk merawat tekanan darah tinngi, kencing manis, penyakit kelamin (gonorea atau sifilis), sakit perut, demam, demam malaria (kerana mengandungi jatrorhizine), turunkan suhu panas (kerana terdapat pikroretin), sakit pinggang, sengal-sengal dan masalah cacing bagi kanak-kanak. Malah diFilipina dibuat tonik yang digunakan untuk mengubat orang sakit jiwa atau tekanan mental.


Caraguna, dengan merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, membunuh kuman, merawat kudis buta dan menyembuhkan luka (boleh juga dicampur dengan sedikit belerang). Untuk penyakit kelamin juga digunakan daunnya.”


“Ya aku ingat lagi…” Yang tadi mencelah lagi. “Ada orang kampungku yang kerjanya mencari rotan di rimba. Dia membawa bekal pokok seruntun ini selilit pinggang, dalam perjalanannya. Dimakannya begitu saja sehari seinci.”


“Makan begitu saja, tak pahit ke?”


“Pahit le. Sehingga nyamuk pun tak mahu gigit! Itulah khasiatnya, sehingga boleh bermalam berminggu-minggu di hutan tanpa kelambu atau ubat nyamuk!”


“Itulah jalan selesainya, bila kita takde duit nak berubat. Satu lagi jalan selesai ialah…”


“Jangan undi BN!!” Jawab mereka ramai-ramai.


Sekian. Wallahu ‘aklam.


resepi bubur asyura

RESEPI BUBUR ASYURA...... ...

Bahan-Bahan:

1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara:

1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.

2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang

3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi

Cadangan Hidangan:

4.masukkan gula melaka dan gula

5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat

6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

Jumaat, 4 Jun 2010

8.june.2010 .kuliah lepas solat magrib - kitab sirratul salikin (fikah) Ust.Hj.Arshad bin Abd.Samad